skpr2.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN (2) RANAU
PETI SURAT 504, 89308 Ranau, Sabah. Tel : 088-876629, Faks : 088-876629
e-mel : skp2r@yahoo.com

| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | BILIK-BILIK KHAS | MAKLUMAT BARU | PUSAT SUMBER | ANALISA UPSR | Ujian Bulanan | SUKAN SEKOLAH | MARQUEE |

SEJARAH SEKOLAH SEK. KEB PEKAN 2 


 Bangunan sekolah



 
        Sekolah Kebangsaan Pekan 2 Ranau terletak lebih kurang 1 kilometer dari Pekan Ranau. Pembinaan bangunan sekolah ini adalah dibiayai oleh Bank Dunia yang siap pembinaannya pada Disember 1992.
Jabatan Pendidikan mengambil alih bangunan tersebut pada 03 Disember 1992 dan mula digunakan pada 07 Disember 1992.
Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Ismail Bandi yang mula bertugas pada 21 Disember 1992. Bilangan guru pada ketika itu ialah seramai 28 orang. Manakala murid pula berjumlah 431 orang dengan persekolahan pertamanya dengan satu sidang sahaja.
Walaupun menghadapi berbagai-bagai kekurangan dan rintangan, namun dengan kerjasama semua pihak terutamanya guru-guru, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik.
Pada ketika ini, sekolah telah banyak menerima kunjungan dari luar dan telah dicalonkan dalam beberapa pertandingan di peringkat negeri juga di peringkat kebangsaan oleh Jabatan Pendidikan Sabah.
Sekolah Kebangsaan Pekan 2 Ranau mempunyai satu bangunan dua tingkat. Di bangunan ini terdapat satu Bilik Pentadbir, Bilik Guru, Bilik Kerani, Surau, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Gerakan, Makmal Komputer, Bilik Teater, Bilik Pendidikan Khas dan Pusat Sumber. Sekolah ini juga mempunyai sebuah Pentas Budaya dan Landskap yang menarik.







Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: